HANGZHOU: Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.
Apabila Speedy Tigers masuk ke gelanggang menentang Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Gongshu Canal Sports Park di sini pada Ahad (24 Sept), penampilan ke-17 pasukan negara di Sukan Asia, dengan satu matlamat iaitu untuk merangkul emas sulung.
Pingat emas berkenaan, selain memberi penghormatan kepada juara kejohanan empat tahun sekali itu, juga akan membantu pasukan negara muncul kembali di Sukan Olimpik setelah lebih dua dekad tidak menyertainya, kerana pemenang Sukan Asia akan mendapat slot secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kali terakhir Speedy Tigers beraksi di gelanggang Olimpik ialah pada edisi Sydney 2000.
Ketua jurulatih A. Arulselvaraj, yang penunjuk prestasi utamanya antara lain untuk membawa kembali pasukan ke Sukan Olimpik, mahu tugasnya difokuskan ke arah misi itu, kerana saat yang paling ditunggu sejak mengambil alih pasukan pada pertengahan 2020 kini tiba.
"Saya memberitahu pemain supaya bermimpi, walaupun sebelum kami memulakan latihan hari ini. Saya mahu mereka menikmati stadium, berjalan-jalan, ia adalah stadium yang cantik. Kami mahu mencipta sejarah dan suka melakukan sesuatu untuk hoki Malaysia dan untuk diri kami sendiri.
"Bagi saya, sudah tentu itulah sebabnya saya pulang (dari Ireland), untuk cuba meletakkan Malaysia kembali ke Sukan Olimpik, ia adalah satu tahap yang indah jika kita dapat memenuhinya. Penangguhan Sukan Asia (selama setahun disebabkan COVID-19), memberi manfaat kepada kami. Saya melihatnya sebagai campur tangan Tuhan untuk membolehkan kita menjadi lebih kuat.
"Kerana dari segi fizikal pemain lebih kuat, perkasa dan mereka telah banyak berkembang sebagai individu. Malah dalam latihan saya dapat lihat, mereka bersemangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui semalam selepas latihan rasmi pertama pasukan di venue di sini setelah tiba di Games Village pada Khamis malam.
Arulselvaraj berkata Speedy Tigers yang pada kedudukan ke-10 dunia akan berusaha untuk memperhalusi beberapa aspek penting, termasuk pukulan sudut penalti menjelang perlawanan pembukaan, diikuti perlawanan menentang Oman pada 26 Sept, Indonesia (28 Sep), Korea Selatan (30 Sep) dan tuan rumah China (2 Okt).
Pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan Asia adalah apabila muncul sebagai naib juara dalam edisi Guangzhou 2010 dan Jakarta-Palembang 2018, selain memenangi enam pingat gangsa, manakala Pakistan adalah pasukan paling berjaya dengan lapan pingat emas.
Speedy Tigers amat berharap untuk membawa pulang emas Sukan Asia, terutamanya selepas memenangi Piala Sultan Azlan Shah sulung mereka November lepas dan mara ke final Trofi Juara-Juara Asia (ACT) buat kali pertama sejak penubuhannya pada 2011, sebelum ditewaskan oleh tuan rumah India 4 -3.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan Asia adalah apabila muncul sebagai naib juara dalam edisi Guangzhou 2010 dan Jakarta-Palembang 2018.- Gambar hiasan
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Nur Dhabitah-Wendy terlepas tiket ke Olimpik acara 3m papan anjal seirama
Nur Dhabitah dan Wendy terlepas slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila hanya menduduki tempat kesembilan saingan acara 3m papan anjal seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Arul mohon peminat terus sokong Speedy Tigers
A. Arul Selvaraj berharap peminat hoki tanah air terus menyokong skuad kebangsaan meskipun sekadar menamatkan saingan di tempat kelima kempen kelayakan Olimpik Paris 2024.
Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.
Nur Shazrin ukur prestasi di Eropah sebelum ke Olimpik Paris 2024
Nur Shazrin menjadikan Kejohanan Senior Eropah ILCA dan Piala Eropah Terbuka di Athens medan mengukur prestasi sebelum ke Sukan Olimpik.
Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.
Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Apabila Speedy Tigers masuk ke gelanggang menentang Thailand dalam perlawanan pada Ahad, matlamatnya satu iaitu merangkul emas sulung.
RTG: Zii Jia satu-satunya atlet tidak guna kepakaran ISN
Ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.
Olahragawati Kebangsaan: Joe Ee taruh harapan ke Sukan Olimpik Paris 2024
Atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya bahawa pengiktirafan yang diterimanya malam tadi akan dapat melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi mel
Zii Jia cari rakan 'sparring'
Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan bersama Datuk Hamidin Mohd Amin.